2 December 2016

Berang Tidur Diganggu, Petugas Awam di Serang di Lapangan DBKL Buat Laporan Polis

-- --


Susulan video viral seorang lelaki meraganggu tugas penjawat awam yang melakukan atktiviti semburan kabus "Fogging", Pihak DBKL telah membuat laporan polis.

Melalui rakaman tersebut lelaki tersebut membuat rakaman video mempersoalkan kepada petugas petugas awam (DBKL) yang berada di lapangan kerana melakukan aktiviti semburan kabus "fogging" pada waktu pagi.





Lelaki tersebut berang apabila aktiviti kawalan jangkitan demam denggi tersebut di lakukan pada waktu pagi kerana mengganggu penduduk yang masih tidur

Berikut merupakan jawapan kepada pertanyaan lelaki tersebut dan masyarakat:

1. Bagaimana dan mengapa proses semburan kabus di lakukan?

Semburan kabus (fogging) di lakukan sebagai salah satu aktiviti kawalan jangkitan denggi di sesebuah lokaliti.

Apabila pejabat kesihatan menerima notifikasi demam denggi, siasatan akan di lakukan dan aktiviti pencarian tempat pembiakan nyamuk akan di lakukan di kawasan tersebut. aktiviti kawalan dan pencegahan ini perlu di lakukan secepat mungkin bagi mengelakkan lebih ramai di jangkiti virus maut tersebut.

Pada ketika ini, petugas kesihatan akan meminta kebenaran untuk memasuki rumah anda untuk memeriksa tempat pembiakan nyamuk.

Kemudian, aktiviti fogging akan menyusul dan ia akan di lakukan dalam 200 meter radius dari jarak rumah kes. Jarak ini di pilih berdasarkan kajian entomology mengenai nyamuk aedes yang boleh terbang dalam jarang tersebut.

Oleh itu, masyarakat wajar berterima kasih memberi kerjasama sebaik mungkin dengan pihak kesihatan bagi membanteras wabak denggi BUKAN mengancam anggota kesihatan di lapangan.

Anak yang sedang lena tidur di rumah mungkin menjadi mangsa seterusnya virus maut denggi sekiranya aktiviti kawalan dan pencegahan tidak di lakukan dengan berkesan.

Selain itu, persoalan mengenai "siapakah yang di jangkiti denggi di kalangan kejiranan" juga membayangkan situasi di dalam sesebuah kawasan yang tidak mengenali antara satu sama lain, perpaduan serta komunikasi dikalangan masyarakat setempat.

----------------------------------------------------------
Mengapa semburan di lakukan pada waktu awal pagi ?

Berdasarkan kajian entomogi, nyamuk aedes menyerang dan aktif pada waktu awal pagi dan lewat petang. Oleh sebab itu, masa tersebut di pilih untuk aktiviti kawalan demam denggi.

Kebiasaanya, petugas akan di arahkan untuk melakukan aktiviti tersebut semasa waktu lewat petang, kerana lebih mudah untuk petugas untuk ke kawasan wabak selepas waktu bekerja, namun akibat bilangan kes yang semakin meningkat, petugas di arahkan untuk melakukan aktiviti tersebut pada waktu awal pagi dan lewat petang di lokasi lokasi yang berbeza.

Cuba anda bayangkan pukul berapa petugas tersebut perlu bangun dari tidur dan mula bekerja untuk membantu masyarakat mencegah penularan penyakit denggi sewaktu anda masih lagi lena di ulit mimpi.

Kadang kala, ketika bulan Ramadhan, petugas kesihatan sering di cemuh kerana melakukan aktiviti fogging semasa masyarakat sedang berbuka puasa tanpa mengetahui bahawa petugas tersebut sendiri turut berpuasa dan masih menjalankan tugas untuk membantu mencegah jangkitan kepada masyarakat.

Masyarakat juga perlu tahu,ada syarikat swasta yang mengambil kesempatan melakukan foigging pada waktu yang salah (tengahari). aktiviti seperti ini bukan sahaja tidak strategik malah ia merupakan perbuatan yang sia sia. Pada waktu tengahari dan cuaca panas, nyamuk bukan sahaja tidak aktif malah semburan yang dibuat juga akan tersejat dengan pantas.

---------------------------------------------------------

Menagapa Diesel di gunakan?

Diesel di gunakan sebagai bagai larutan untuk aktiviti fogging kerana ia bersifat lebih ringan berbanding air. Oleh itu, bahan fogging akan berada lebih lama di udara dan lebih berkesan.

Selain diesel,air juga boleh di gunakan untuk aktiviti fogging namun ia lebih sesuai untuk aktiviti fogging di dalam rumah berbanding luar rumah

Penggunaan diesel dan bahan bahan yang di gunakan telah di pastikan selamat untuk masyarakat.

Jika masyarakat bimbang akan faktor kesihatan dengan pendedahan kepada asap fogging, cuba bayangkan petugas kesihatan yang menggalas mesin fogging tersebut dan terdedah kepada asap tersebut pada setiap hari!

----------------------------------------------

Beri Kerjasama, Kami Hanya Menjalankan Tugas

Epidemik denggi di Malaysia masih belum menemui titik noktah. Kerjasama masyarakat amat penting dalam menangani masalah ini.

Seperti yang di nyatakan oleh petugas didalam video

"kami hanya menjalankan tugas"

dan tugas kami adalah untuk memastikan masyarakat sihat, bebas jangkitan dan wabak denggi.

maafkan jika "tugas" dan tanggungjawab kami ini, mengganggu tidur dan lena anda di waktu awal pagi.

kredit:- publichealthmalaysia