16 November 2016

Video Sikap Terpuji Lelaki Ini Sedekah Remaja Pengutip Tin Jadi Viral

-- --


KUALA LUMPUR - Video yang dimuat naik di twitter dimana seorang lelaki memberi makanan kepada seorang remaja, menjadi viral di media sosial, semalam.

Video yang kemudia dimuat naik oleh pengguna Facebook, Raja Mohd Shahrim itu telah ditonton lebih 1juta kali dan mendapat berpuluh ribu perkongsian di laman Facebook.

Menurutnya, clip video itu diperolehinya daripada laman Twitter, sebelum dimuat naiknya ke laman Facebook.

"Clip ini viral di Twitter, dirakam oleh teman wanita atau isteri, tak pasti.

"Wanita itu menyangka makanan itu untuk dia, tetapi sebenarnya dibeli untuk disedekahkan kepada seorang remaja yang mengutip tin di stesen minyak (Shell).

"Inilah kehidupan yang ****** tak akan mengerti," katanya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan sayu mereka melihat raut wajah remaja berkenaan ketika menerima makanan yang disedekahkan oleh lelaki yang tidak diketahui identitinya itu.


"Allahuakbar, berlinang sekejap. Sebak pagi-pagi tengok video ini. Manusia yang mulia hati budinya. Semoga Allah memberkati lelaki itu dan keluarganya," kata netizen.

Pada waktu malam sebegini, sepatutnya remaja tersebut menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Namun tidak bagi remaja ini yang keluar mencari tin kosong yang tidak lagi digunakan untuk dijual. Hasil jualan itu mungkin digunakan untuk menampung perbelanjaan sekolah ataupun keluarga.