25 November 2016

Susulan Kes Simbahan Minyak, 'Anak Saya Mengalami Kecacatan Kekal Di Mulut' - BAPA

-- --


KUALA LUMPUR -kanak-kanak yang menjadi mangsa simbahan minyak panas mengalami kecacatan kekal di bahagian mulut, ini dimaklumkan sendiri oleh ibu bapa kanak-kanak malang tersebut.

BERITA SEBELUMNYA:- bayi melecur satu badan terkena minyak

Nur Arissa Jannah, melecur teruk di bahagian muka, tangan, bahu dan lengan akibat insiden terkena minyak panas akibat salah faham 14 November lalu, kini dirawat di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mohd Salim Nurali, 20, berkata, dia dan isteri terlalu merindui wajah comel dan keletah manja anaknya yang menghiburkan.


"Anak saya mengalami kecacatan kekal terutamanya di bahagian mulut akibat disimbah minyak panas. Namun bagi kami dia tetap comel. Walaupun wajah anak berubah, tetapi dia tetap comel di hati kami.

"Sebak terasa di hati setiap kali melihat tubuhnya terlantar di katil hospital," katanya, seperti dilaporakan Harian Metro.

Nur Arissa Jannah menjadi mangsa dendam rakan sekerja bapanya di gerai Mohd Salim yang bekerja di Bukit Ampang, Selangor.

Mohd Salim berkata, dia bimbang mengenang masa depan anaknya yang mungkin terjejas disebabkan kecacatan yang dialami.

"Saya merayu kepada orang ramai agar dapat menghulurkan sumbangan bagi menampung kos rawatan anak.

"Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0500341000025922 atas nama isteri, Nor Narissa Sofea," katanya.