7 November 2016

Nora Danish Minta Artis Diberi Pelepasan Cukai,"Kami Banyak Keluarkan Duit Untuk Penampilan Diri"

-- --



Sebelum ni Rozita Che Wan berang apabila hasratnya untuk menyambut ulangtahun kelahiran anaknya di luar negara tidak kesampaian kerana ada tunggakan cukai yang belum dijelaskan.


Menerusi laporan Utusan baru-baru ini, pelakon Nora Danish berkongsi pendapat mencadangkan agar penggiat seni wajar diberikan pelepasan cukai bagi menampung kos penampilan diri


Banyak keluar duit untuk penampilan diri


Bagi saya sebagai rakyat Malaysia memang ini adalah tanggungjawab kita [membayar cukai]. Cuma apa yang saya harap ada sikit pelepasan buat selebriti macam kami ini.

Bukan apa, dalam waktu sekarang kami banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri.


Jadi, ini adalah sebahagian daripada kerja dan ia barangkali boleh dimasukkan sebagai kos kerja kami.
Menurutnya Nora lagi , pelepasan cukai untuk ‘penampilan diri’ baik untuk artis dan selebriti yang bergantung kepada penampilan dan personaliti diri apabila muncul di khalayak.

So macam mana wajar atau tidak pelepasan cukai bagi penggiat seni?  Untuk pengetahuan Nora Danish masih lagi menjalin hubungan cinta dengan Nedim, anak Datuk Seri Nazri Aziz.