8 November 2016

Ibu bakal dihukum penjara 5 tahun kerana membaling selipar pada anaknya

-- --


Seorang wanita berusia 63 tahun bakal dikenakan hukuman penjara lima tahun kerana membaling selipar pada anak lelakinya berusia 38 tahun.,Anak nya yang tidak berpuas hati telah memfailkan aduan kepada polis.

Semasa pertengkaran di rumahnya di daerah Honaz di wilayah Denizli  pada 13 Mac, Senay Güzel melemparkan selipar beliau pada anaknya, Hasan Güzel, tapi kedua balingannya tersasar. Hasan yang berang pergi ke sebuah balai polis tempatan  dan memfailkan aduan .

Pendakwa raya membuat siasatan ke atas aduan dan Senay Gunzel bakal dikenakan pertuduhan jenayah berhubung kes itu, di mana dia mungkin dipenjara dua hingga lima tahun kerana cubaan mendatangkan kecederaan kepada pengadu.

Senay Güzel menyatakan bahawa dia tidak tahu selipar dikategorikan sebagai senjata.

"Saya melemparkan selipar saya, kerana anak saya menghina saya. Ia tidak pun mengenainya. Jika saya tahu selipar dikira sebagai senjata, saya tidak akan melemparnya. Dan bagaimana jika selipar ini terkena seseorang, ia tidak akan mendatangkan kecederaan. Adakah terdapat mana-mana ibu yang tidak membuang selipar pada anaknya semasa marah pada mereka? " dia berkata.

Hasan Ozan Orpak, peguam Senay Güzel berkata bahawadia tidak sabar menunggu untuk perbicaraan.

"Mulai sekarang, ibu-ibu harus berfikir dua kali sebelum membaling selipar." - Dailysabah