29 November 2016

Gadis 16 Tahun Dipukul Lelaki 45 Tahun !!

-- --
.

Johor Bahru: Angkara teman lelaki berusia 45 tahun, remaja perempuan berusia 16 tahun lebam di kedua-dua mata selain luka di kepala dan dirawat di klinik di Kulai, di sini, Sabtu.

Dalam kejadian 7 malam di rumah lelaki berkenaan di Taman Setia Puteri, Skudai, di sini, mangsa ditumbuk selain dibelasah menggunakan monopod kamera oleh lelaki itu yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.






Mangsa yang dikenali sebagai Nurul berkata, sebelum kejadian, dia dituduh berlaku curang dan mempunyai hubungan dengan lelaki lain selain dituduh menyembunyikan bekalan dadah milik lelaki berkenaan.

"Dia membelasah saya tanpa belas kasihan walaupun saya menangis dan merayu supaya dilepaskan.

Dia duduk di atas dada saya dengan kedua-dua lututnya menahan tangan saya dan tangan kanannya menghayun tumbukan bertalu-talu ke arah muka.

"Dia juga mencapai monopod kamera dan menghentak kepala saya.

Apabila kepala saya berdarah, baru dia lepaskan saya," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Kejadian berkenaan turut ‘viral’ di laman sosial.

Susulan itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Mutiara Rini dan Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Superintendan Beh Eng Lai ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek yang menghilangkan diri sedang giat dilakukan.

#HMetro