30 October 2016

10 Negara Paling Murah Dan Budget Untuk Dikunjungi

-- --
amai yang anggap nak pergi bercuti je kena berbelanja bersar. Tapi sebenarnya ada negara yang menawarkan percutian dengan harga yang berpatutan.

Percutian bajet adalah keyword paling popular sekarang tetapi selalunya terhad kepada percutian dalam negara.

Kami senaraikan 10 negara yang boleh anda bercuti tanpa mengorbankan duit simpanan anda.



1. Nicaragua


Salah satu negara terbesar di Amerika Tengah. Pekan yang berwarna-warni, ombak untuk meluncur dan menjadi tarikan disana.



Tidak lupa juga dengan accommodation yang berpatutan! Double rooms boleh didapati dengan harga $6 (RM24.96) dan makanan boleh didapati dalam harga $3 (RM12.48).



2. Turki

Terkenal dengan budaya Timur dan Barat bertemu dan bersatu, makanan yang menyelerakan serta pemandangan yang menakjubkan, pastikan anda sampai ke sini sekali seumur hidup.

Juadah terkenal Shawarna diletakkan harga $2 (RM8.32) dan hostel boleh anda diami dengan harga $20/semalam (RM83.20). Transportasi juga dalam harga yang berpatutan!



3. Sri Lanka


Di sini anda boleh tidur di tepi pantai dan makan di kafe dengan harga serendah $20/semalam (RM83.20). Ada bas yang akan membawa anda dari satu hujung pulau ke hujung yang satu lagi dengan harga $20 (RM83.20) manakala sewaan kereta seharian akan menelan belanja $55-70 (RM228.80-291.20).

Makanan pula anda boleh dapat dengan harga serendah $2 (RM8.32)!

4. Kemboja



Salah satu negara di Asia Tenggara paling banyak dikunjungi kerana kekayaan budaya setempat, makanan yang enak serta nightlife.

Makanan boleh didapati dari julat harga $1-3 (RM4.16-12.48) di restoran dan penginapan bermula dari harga $4-20 (RM16.64-83.20). Anda boleh juga menyewa tuk-tuk sepanjang hari dan melawat Angkor wat dengan harga $13 (RM54.03).

5. Nepal



Selain melihat panorama banjaran Himalaya, nikmati makanan yang sedap dan menarik yang ada sehingga lewat malam serta berjalan-jalan di jalan Kathmandu ataupun lihat monyet memenuhi kuil (dari jauh ya!).

Hotel bajet bermula dari harga $5-25 (RM20.80-104) dan makanan boleh anda dapat dengan harga $2 (RM8.32)!

6. Thailand



Bukan sahaj seronok shopping disini, Thailand terkenal dengan negara yang menyediakan tempat penginapan termurah sekali bermula dari $4-40 (RM16.64-166.40) dan makanan pula boleh dapat dari harga $0.65-5 (RM2.70-20.80).

Bas hanya memakan kos $0.25 (RM1.04) manakala Skytrain dan Metro pula $0.50-1.50 (RM2.08-6.24) per trip.

7. Peru



Cuba datang ke negara ini pada bulan April dan Mei atau September dan Oktober di mana kos penginapan paling murah. Bilik dorm bermula harga $8 (RM33.28) manakala hotel bajet pula berharga $30-50 (RM124.80-208).

Makanan boleh didapati di gerai tepi jalan atau pasar pada harga $1-2 (RM4.16-8.32) atau $4-6 (RM16.64-24.96) di restoran tempatan. Transportasi juga terletak dalam harga yang berpatutan – tambang teksi dalam harga $8 (RM33.28) dan bas dalam bandar berharga $0.50-1 (RM2.08-4.16) per trip.

8. Indonesia



Yang ini tidak perlu diperkenalkan dari segi percutian bajet. Penginapan dan transportasi yang murah memang sentiasa ada disana.

Minta pendapat rakan yang sering ke sana atau cari sahaja cerita-cerita pengalaman mereka secara atas talian. Anda pasti tidak akan menyesal!

9. Romania



Jika anda seorang penggemar seni, Romania adalah salah satu negara yang mesti anda kunjungi. Bilik dorm serendah $8 (RM33.28) dan double rooms pula $40 (RM166.40). Makanan pula anda boleh dapat dengan harga $5 (RM20.80).

Harga bas dan kereta api hanya $1 (RM4.16) sehala. Setiap museum dan juga tempat-tempat menarik mengenakan tiket berharga $5-10 (RM20.80-41.60).

10. Afrika Selatan

1

Percutian ke Afrika Selatan kini lebih berpatutan kerana turun naik mata wang. Trip ke safari, museum dan banyak tempat menarik lain akan menjadikan percutian anda ke sini sangat memorable.

Makanan akan menelan kos sekitar $4-7 (RM16.64-29.12) manakala bilik dorm yang ringkas akan memakan kos sekitar $10 (RM41.60).

SUMBER