3 December 2014

Susulan Kes Ditoreh Muka, HUSM Sedia Biaya Kos Pembedahan Plastik Nur Syafiqa

-- --


Lapor Berita Harian hari ini, HUSM bersedia menanggung segala kos pembiayaan pembedahan plastik wajah gadis yang ditoreh oleh perompak di Pasir Puteh, Kelantan.

Wajah Nur Shafiqa Lah, 22, ditoreh perompak dalam kejadian pecah rumah kelmarin, boleh dirawat menerusi pembedahan rekonstruktif, kata Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Datuk Dr Mafauzy Mohamed.

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mempunyai teknologi dan tenaga kepakaran yang mencukupi untuk mejalankan pembedahan itu termasuk pakar pembedahan plastik.

"Apa kerosakan pada anggota badan sama ada akibat kemalangan atau lain-lain boleh dirawat di HUSM kerana kepakaran yang kita miliki termasuklah kes yang menimpa mangsa ini.

"Bagaimanapun, kita masih perlu berbincang dengan kumpulan pakar untuk memastikan tahap kecederaan pada mukanya sebelum prosedur lanjut dapat diambil.

"Biasanya bagi kes kerosakan wajah, kami hanya memerlukan pembedahan rekonstruktif yang mengambil masa antara dua hingga tiga jam dengan kos ditawarkan paling minimum," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.