30 December 2014

Pencuri kereta 'banjir' dicekup di Kota Bharu.

-- --


Jika sebelum ini kita dengar ada mangsa banjir yang terpaksa mencuri makanan di kedai-kedai sekitar Kelantan kerana kelaparan, tapi lelaki ini pula memilih untuk mencuri kereta ketika banjir.

Bagaimanapun lelaki terbabit berjaya ditangkap oleh orang ramai ketika sedang mencuri sebuah kereta di Kota Bharu Kelantan. Lelaki terbabit kemudiannya diserahkan pada pihak Polis untuk tindakan lanjut.

Pemilik kenderaan disekitar kawasan Pantai Timur dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan individu-individu seperti ini yang menjadikan kenderaan yang tersadai akibat banjir sebagai sasaran.