4 December 2014

Pegawai Kastam Guna Kenderaan Kastam Untuk Menyeludup Rokok & Beer Ditahan

-- --

/>

LIMBANG: Seorang lelaki yang warga Malaysia ditahan di sempadan Malaysia Brunei semalam atas penemuan penyeludupan barangan terlarangan dengan menggunakan kenderaan rasmi kerajaan.

Lelaki terbabit yang dipercayai pegawai Kastam bahagian Limbang, Sarawak, cuba menyeludup beberapa buah kotak besar yang dipenuhi dengan rokok seludup dan minuman keras dibawa masuk ke Brunei menggunakan kenderaan rasmi Kastam Malaysia.