24 December 2014

NGERI:- 9 Gambar 2 Maut Berkecai Tong Gas Meletup Di Gurun

-- --


GURUN:Dua maut manakala seorang lagi cedera parah dalam satu kejadian letupan yang berlaku di sebuah rumah di Taman Ria Mesra di Gurun petang ini.

Kejadian yang berpunca daripada letupan sebuah tong gas di bahagian dapur rumah itu menyebabkan seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan maut manakala seorang wanita cedera parah.

Jurucakap Bomba Kedah berkata pihaknya menerima panggilan itu pada pukul 4.57 petang.

Katanya sebanyak tiga jentera serta 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Yan dan Sungai Petani dikerahkan ke tempat kejadian, dengan jentera pertama tiba pada 5.13 petang.

"Setiba jentera di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran di sebuah rumah teres akibat daripada letupan tong gas di bahagian dapur.

"Letupan menyebabkan struktur rumah runtuh dan turut melibatkan lapan buah rumah yang berhampiran. Api kebakaran akibat letupan itu dapat dikawal pada 5.20 petang," katanya ketika dihubungi hari ini.