4 December 2014

Jatuh Dari Tingkat 5, Lelaki Ini Baca Surah An-Naziat Hingga Akhir Nafasnya

-- --


Lelaki di dalam video ini dikatakan telah jatuh dari tingkat lima sebuah bangunan asrama di Universiti King Saud di Riyadh, Arab Saudi.

Pengguna Facebook dengan nama Azlina Abdul Aziz berkata lelaki itu adalah suami kepada rakan universiti ustazahnya dan merupakan pelajar universiti berkenaan.

 “Mashaallah, suami ustazah makcik punya unimate meninggal dunia akibat terjatuh bangunan hostel 5 tingkat di Riyadh, King Saud’s Unversity student. “Menunggu ambulans 30 minit lambat, namun kuasa Allah mengatasi segalanya,” katanya.





Menurut Azlina, walaupun tidak boleh bergerak namun hati dan jiwa lelaki itu tetap hidup, dan beliau terus istiqamah membaca surah An-Naziat sehingga dikhabarkan menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Begitulah sebaik-baik pengakhiran hidup seorang manusia, bagaimana pula dengan kita agaknya?