12 December 2014

Cerita Sebenar Kononnya Anggota MALLBATT Yang Maut Di Lubnan Tidak Diberi Penghormatan Sewajarnya

-- --


Satu gambar yang menunjukkan jenazah Allahyarham Kpl Azman Bin Che Mat Soh yang tersebar di media whatsapp, dan kemudian disebarkan melalui facebook kini menjadi satu polemik.

gambar tersebut menunjukkan jenazah diletakkan diatas pallet dan dengan balutan plastic wrapper dengan caption "macam bungkus beras"


saya sangat terkilan...kerana buah mulut manusia mengatakan ATM dan kerajaan pemerintah hari ini mengamalkan double standard dalam pengurusan jenazah Allahyarham.

apakah kisah sebenar dari foto tersebut?

Allahyarham tewas di Lubnan ketika bertugas sebagai anggota Combat Rescue Team dan merupakan sebahagian dari kumpulan MalBatt yang bernaung dibawah panji PBB untuk tugasan keamanan di Lubnan.

Beliau dilaporkan mengalami serangan jantung yang kemudian membawanya menjemput Illahi.

Isitiadat penghormatan beliau telah dilaksanakan di Lubnan, dihadiri pasukan-pasukan pengaman sahabat yang turut ditugaskan disana. Penghormatan yg diberikan adalah penghormatan terakhir ketenteraan yang biasa dilaksanakan apabila anggot

a atau pegawai tewas ketika bertugas.




Pengurusan jenazah dibuat dengan baik sekali, yang mana beliau diterbangkan dari Lubnan ke Kuala Lumpur dan kemudian dibawa ke kampung halamannya untuk disemadikan.

Di KL, jenazah Allahyarham diterima dengan istiadat dan kehormatan militer yang sama. Tiada beza. Jenazah diarak dari pesawat ke kereta jenazah, dan sekali lagi di kampung halamannya dimana Allahyarham disemadikan dengan istiadat kententeraan yang gemilang.

PALING JELIK, apabila dikatakan perwira negara diberikan layanan double standard berbanding masyarakat awam yang menjadi mangsa insiden MH17.....kebangsatan apakah ini...adakah masyarakat kita terlalu bodoh sehingga tidak dapat mendapatkan analogi mudah...atau mencari maklumat sahih?

Bagaimana dikatakan layanan kelas kedua diberikan sedangkan istiadat penghormatan akhir dengan cara ketenteraan diberikan sepenuhnya?



Foto sudah dikeluarkan secara rasmi...malah tersiar meluas dimedia arus perdana....

dan kepada mereka-mereka yang menjadi zomba otak separuh yang tanpa usul periksa maklumat yang disebarkan....berhenti..tarik nafas dan fikir dahulu adakah maklumat yang disiarkan benar.....sebelum menekan butang share itu...kerana secara tidak langsung ramai orang menjadi pemfitnah kepada Allahyarham...sia-sia dapat dosa kering kan

Kepada keluarga,sahabat handai dan warga kerja pasukan GGK seluruhnya yang mengenali,bertugas dan bersama-sama Allahyarham semasa hidup dan sihatnya beliau, kami mengucapkan takziah dan mendoakan beliau ditempatkan dikalangan orang soleh dan mendapat syahid yang dijanjikan...

Kepada seluruh masyarakat umum, fikir sejenak sebelum menyebarkan satu-satu siaran yang tidak diketahui kesahihannya...fikir sebelum bertindak dan jangan jadi buta kayu umpama solat rakaat ketiga tapi sangka rakaat keempat...

Lagi gambar:- https://www.facebook.com/media/set/?set=a.605667079561699.1073742402.248010791993998&type=1