11 November 2014

Wanita R0g0l Lelaki Di Wangsa Maju?, Polis Nafi Terima Laporan

-- --


KUALA LUMPUR - Gambar salinan laporan polis yang mendakwa pengadu (lelaki) telah dir0g0l oleh kenalan wanita di dalam kereta adala tidak benar.

Menurut jurucakap Balai Polis Dang Wangi, pihaknya menafikan ada menerima laporan berhubung kejadian seumpama itu.

“Buat masa ini, pihak kami tidak menerima sebarang aduan mengenai kes itu, kami beranggapan laporan polis berkenaan palsu dan telah disunting,” katanya

Dalam laporan palsu itu yang tersebar meluas di laman sosial itu, seorang lelaki melayu mendakwa dia didatangi oleh rakannya (wanita) memintanya menghantar pulang ke rumah yang berada di Wangsa Maju.




Namun, setelah tiba di perkarangan rumah, wanita itu bertindak mencabulnya dan seterusnya mer0g0l lelaki malang itu dalam kereta selama 10 minit.