19 November 2014

[VIDEO] Ujibakat Mentor: Peminat Marah Mas Idayu, Perasan Legend

-- --

Video sesi ujibakat program Mentor Legend yang dikendalikan oleh Mas Idayu tersebar sejak 17 November lalu dek scene peserta ujibakat yang begitu lantang menentang beliau.

Edry Sofian, yang datang ingin mencuba nasib menemui kegagalan apabila dia dikatakan tidak memenuhi kriteria yang diinginkan oleh Mas Idayu.

Tidak puas hati dengan keputusan itu, Edry mula mempertikaikan keputusan Mas Idayu sehingga begitu berani menganggap penyanyi lagenda dangdut itu tidak sebagus mana di persada industri muzik negara.

Mas Idayu cuba menjelaskan mengapa beliau terpaksa menolak Edry Sofian, 22, tetapi alasan yang diberikan tetap dipertikaikan oleh Edry seolah-olah mempertikaikan kelayakan Mas Idayu menjadi Mentor di program berkenaan.


Segelintir peminat @ Haters cuba mempertahankan Edry dengan menggatakan Mas Idayu terlalu over react dan perasan legend. Bagaimanapun, lebih ramai yang menyokong tindakan Mas Idayu kerana tindakan Edry Sofian dilihat terlalu biadab dan mentah dalam mempersoalkan karier Mas Idayu. -