17 November 2014

Video Saat Terawal Pesawat MH17 Terhempas Di Donetsk, Ukraine Didedahkan!

-- --



Video amatur yang baru sahaja didedahkan dipercayai dirakam oleh orang awam  dimana ianya video saat-saat terawal pesawat MH17, milik Malaysia Airlines terhempas di Donestk, Ukraine pada Julai yang lalu.

Pesawat MH17 terhempas berhampiran kawasan rumah penduduk kampung.

Klip video berdurasi dua minit yang dimuat naik ke YouTube pada Ahad oleh agensi berita Russia Today menggambarkannya sebagai rakaman terawal sejurus nahas berlaku.

Penduduk yang jelas terkejut dengan tragedi itu kedengaran menjerit dan berteriak, manakala yang lain berlari ke arah lokasi nahas dengan baldi air dalam usaha memadamkan api yang marak.