10 November 2014

Terkini: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia

-- --


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia di Institut Kanser Negara, pagi ini.





Tan Sri Mohd. Bakri Hj. Omar, Ketua Polis Negara yang menggantikan Tan Sri Norian Mai yang bersara hari ini, 5 November 2003.Tan Sri Mohd Bakri dilahirkan pada 10 September 1948 di Manjung, Perak.

Dengan berbekalkan kelulusan Sarjana Sastera, beliau telah memulakan perkhidmatan beliau sebagai Kadet Asisten Superintenden pada 1 Januari 1971, dan seperti kebanyakan pegawai lain, telah menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

Beliau  memegang beberapa jawatan 'command post' yang penting, di antaranya:-

    Ketua Polis Daerah Mersing (1972 - 1973)
    Ketua Polis Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang (1974 - 1977)
    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya (1987 - 1988)
    Timbalan Komandan Maktab Pegawai Kanan Polis, Kuala Kubu Bahru (1984 - 1986)
    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (1988 - 1990)
    Pesuruhjaya Polis Sabah (1994)
    Ketua Polis Kedah (1996 - 1997)
    Ketua Polis Kuala Lumpur (1997-1998)
    Ketua Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan (1998 - 1999)
    Pengarah Pengurusan (1999 - 2002)
    Timbalan Ketua Polis Negara (2002 - 2003)