13 November 2014

Operasi Nombor Plat JPJ Diberhentikan Serta Merta

-- --


Jika ini benar, nampaknya kuasa rakyat sekali lagi menghukum ketidak adilan penguatkuasaan. Kini tersebar gambar sepucuk surat daripada Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai yang telah mengeluarkan arahan kepada semua Pengarah JPJ Negeri supaya penguatkuasaan ke atas nombor plat diberhentikan dengan serta merta.

Namun, menurut surat tersebut penguatkuasaan lampu HID dan Strobe Light tetap akan diteruskan. Surat arahan telah dihantarkan kepada semua Pengarah Negeri secara faks untuk makluman semua anggota JPJ. Operasi Nombor Plat Kenderaan Diberhentikan Serta Merta . Kesahihan surat ini tidak dapat dipastikan .