13 November 2014

Kerana Mencuri Kelapa, Budak Ini Diseksa Begitu Kejam Sekali

-- --


Gambar ini tersebar kononnya seorang tauke cina telah menyeksa budak melayu kerana mencuri kelapa. Sebenarnya pasal curi kelapa tu betul dah, tapi pasal melayu dengan cina tu, takda kaitan pun, kes ni sebenarnya berlaku di Kemboja, Nurul Ezzzati, jangan nak memandai. Kes ni pula berlaku sekitar bulan ogos lepas.

RUJUK SINI

Kerana mencuri kelapa, Seorang budak lelaki berumur 14 tahun telah diseksa dengan kejam oleh dua lelaki di daerah Pearang Prey di kemboja.

Menerusi foto yang dikongsi di Facebook , kanak-kanak yang dikenali sebagai Mon Veasna diikat tangan dan kepalanya telah dilemaskan ke dalam air oleh seorang lelaki, manakala seorang lagi lelaki mengambil gambar penyiksaan mereka ke atas budak tersebut kerana mencuri kelapa .

Kedua-dua lelaki tersebut , Heng Dane , 35 , dan Heng Vanny , 28 , telahpun ditangkap hanya beberapa jam selepas gambar penyeksaan kejam mereka menjadi viral di Facebook .