11 November 2014

Diperk0sa Teman Wanita, Remaja Diugut Bayar RM46,000

-- --

Kejap r0gol, kejap tidak. Pelik betul dengan laporan ini. Menerusi akhbar Harian Metro 11 November hari ini pula menyiarkan laporan penuh mengenai kes berkenaan.

Laporan sebelum ini PENAFIAN POLIS

Seksa diperk0sa teman wanita, remaja diugut 2 lelaki bayar RM46,000

Seorang remaja lelaki bukan hanya diperk0sa teman wanita, malah diugut membayar RM46,000 jika tidak mahu kaki dan tangan dipotong.

Kejadian dikatakan bermula pada jam 10.30 malam Jumaat yang lalu, apabila mangsa yang berusia 19 tahun mendakwa diminta teman wanita menghantarnya pulang ke rumah di Wangsa Maju.

Sumber polis berkata, mangsa mendakwa kenalan wanita berusia belasan tahun itu kemudian menciumnya sebelum memaksa melakukan hubungan #se-ks di dalam kereta.

"Dia mendakwa gadis terbabit #mer0golnya sebelum keluar dari kereta beberapa minit kemudian," katanya.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun didatangi dua lelaki yang mendakwa kekasih gadis terbabit jam 10 malam Sabtu lalu.

"Mangsa kemudian dibawa ke lokasi sunyi berhampiran sebuah pusat beli-belah di Wangsa Maju di sini. Mangsa dipukul dan dipaksa membayar RM46,000 kepada lelaki terbabit dalam tempoh seminggu.

"Suspek menuduh mangsa sengaja melakukan hubungan #se-ks dengan teman wanitanya itu," katanya.

Menurutnya, kedua-dua lelaki terbabit turut menendang perut mangsa, malah memukul kepala mangsa menggunakan topi keledar.

"Wanita terbabit berada di lokasi kejadian dan membelasah mangsa.

"Telefon dan dompet mangsa turut dirampas. Mangsa kemudian dibawa ke sebuah stesen minyak di Subang Jaya sebelum ditinggalkan," katanya.

Bagaimanapun, telefon dan dompet mangsa itu kemudiannya diserahkan semula melalui rakan kepada mangsa.

"Akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di hidung, pipi, dan lebam di kepala.

"Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini. Polis masih menyiasat kemungkinan gadis terbabit dan suspek berpakat mengugut mangsa dengan 'umpan' #se-ks'," katanya.

Sementara itu, Jurucakap Polis Dang Wangi mengesahkan menerima laporan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut. -