24 November 2014

Anak Bongsu Jokowi Cerita Tentang Sedapnya Daging Babi

-- --


Anak lelaki bongsu Presiden Indonesia yang baru, Kaesang Pangarep telah menulis di dalam blog peribadinya tentang pengalamanya yang pernah belajar di sebuah sekolah di singapura.

Di dalam ceritanya itu Kaesang Pangarep menceritakan tentang pengalaman itu melalui satu penulisannya yang bertajuk Diary Anak Kampung: Suka Duka Pertama Kalinya Bersekolah Di Singapore.

Apa yang mengejutkan beliau bercerita tentang keenakan daging babi yang pertama kali dimakan olehnya.

Peristiwa ini terjadi apabila beliau telah dihantar bersekolah di Sekolah Anglo-Chinese Singapura dan semasa beliau pergi ke medan selera berdekatan dengan asrama sekolahnya beliau memesan makanan berasaskan daging selepas terlihat daging yang sedap tergantung di kedai makan tersebut.

Semasa memakan makanan tersebut beliau merasakan itulah daging paling sedap pernah dimakannya kerana sangat lembut, empuk dan rasa kemanisan dagingnya. Kerana terlalu sedap beliau telah meminta untuk membungkus untuk dibawa balik ke asramanya nanti.

Tiba-tiba beliau terfikir daging apa yang dimakannya yang sedap itu dan lantas bertanya kepada penjual makanan itu dan penjual itu terus menjawab itu daging babi. beliau amat menyesali kerana baru sampai ke Singapura beliau sudah membuat dosa.

Kerana menyesali perbuatannya itu beliau telah ke Masjid berdekatan untuk bertaubat tetapi semasa beliau solat beliau tidak dapat solat dengan khusyuk kerana teringat akan kesedapan daging babi tersebut dan berasa dosanya berlipat kali ganda.

Untuk mengelakkan perasaan teringat akan kesedapan daging babi itu beliau cuba memakan daging kambing tetapi tidak berjaya menandingi kesedapan daging babi tersebut.-