6 November 2014

5 Gambar: Disambar Api Ketika Bakar Kereta Adik

-- --

Marang: Seorang lelaki yang dipercayai sedang `lalok’ dadah disambar api ketika membakar kereta Perodua Myvi milik adik perempuannya di Bukit Payong, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, suspek berusia 39 tahun turut membakar motosikal Yamaha Lagenda miliknya.

Suspek dipercayai bertindak sedemikian selepas berlaku perselisihan faham dengan adik perempuannya selepas mangsa enggan memberikan wang kepadanya.

Kegagalan mangsa menyebabkan suspek naik angin sebelum bertindak membakar kereta mangsa dan motosikal miliknya.

Malah, suspek turut mengacukan sebilah parang ke arah adiknya selepas mangsa cuba menghalang perbuatan suspek.

Namun, tindakan suspek mengundang padah apabila dia turut disambar api sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Risikin Satiman yang dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian.





SUMBER GAMBAR:FB DAILY TRAFFIC REPORT