19 November 2014

3 Kali Panjat Pejabat Agama Untuk Peluk Islam GAGAL - Begini Pejabat Agama Negeri..???

-- --

Berdiri, dari kiri) USTAZ Abdul Malik Abdullah, Azley Stanley dan Zolkifly Md Lazim bersama-sama aktivis NGO dakwah IPSI serta MyIKUT lain kelihatan sedang menanti majlis syahadah Sunny yang dibimbing oleh Sheikh Husein Yee di sini, malam tadi.


Sunny,32, merupakan penganut Kristian, sedang giat mencari kebenaran dalam beragama, termasuk mengenai kesucian Islam.

Saudara baru kita ini berasal dari Bintulu, sudah dua tahun bekerja di Pulau Pinang.

Sunny mengaku tiga kali memanjat pejabat agama Islam Pulau Pinang, tetapi diberikan beberapa syarat yang sukar untuk memeluk Islam.

Pengalaman pertama, seorang pegawai agama berkata kepadanya, "Kamu rela masuk Islam, kamu perlu benar-benar faham Islam dulu..."

Sunny mengambil keputusan untuk menangguhkan proses syahadahnya, lalu pulang.

Pengalaman kedua, seorang pegawai agama berkata kepadanya, "Kamu nak masuk Islam? Mana saksi, saksi bawa?"

Sunny mengambil keputusan untuk menangguhkan proses syahadahnya, lalu pulang.

Pengalaman ketiga, seorang pegawai agama berkata kepadanya, "mai (datang semula) lain kali boleh? Pegawai tak ada hari ini."

"Sebulan juga saya menangguh syahadah saya kerana ulang alik ke pejabat agama,"

SUNNY, akhirnya mengambil keputusan umum melafazkan syahadah serta memeluk Islam dengan bimbingan Sheikh Husein Yee pada malam tadi, dengan disaksikan oleh lebih 50 aktivis NGO dakwah daripada Islamic Propagation Society International (Penang) (IPSI) dan Pertubuhan I.K.U.T..

Setelah gagal usaha memeluk Islam melalui Pejabat Agama, beliau telah hubungi NGO.




ZOLKIFLY Md Lazim (kiri) dan Sheikh Husein Yee saling berinteraksi mengenai prospek dakwah
Malam tadi, sempena majlis kesyukuran atas kejayaan Azley dinobat tokoh Maal hijrah di Pejabat IPSI, Sunny berjaya akhirnya berjaya menyempurnakan lafaz syahadahnya.

Sunny mengakui proses melafazkan syahadahnya dengan NGO lebih mudah, semudah dituntut dalam ajaran Islam yang sebenar.

Islam agama mudah, mengapa pegawai-pegawai terbabit daripada Pejabat Islam Negeri Pulau Pinang acuh tidak acuh dengan ketekunan saudara baru seperti Sunny untuk memeluk Islam?

"Barang siapa yang dikehendaki hidayah (daripada) Allah kepadanya, maka, dibaiki pengalaman dalam agamanya." - Hukama'

sumber:Kedahlanie