22 November 2014

3 Gambar, Letupan Lombong Arang Batu di Sri Aman, 3 Maut

-- --


Tiga maut manakala 11 lagi cedera parah dalam kejadian letupan di lombong arang batu di Silantek, Pantu, di sini, 11 pagi tadi.

Mereka yang terkorban dikenal pasti sebagai warga Myanmar, Korea dan Indonesia.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.32 pagi dan enam anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, anggota bomba mengambil masa satu jam untuk tiba di lokasi kejadian yang jaraknya 62 kilometer dari Balai Bomba Sri Aman pada jam 12.40 tengahari tadi.

"Letupan berlaku pada jarak 150 meter di dalam terowong dan sehingga kini tiada mangsa terperangkap," katanya.