4 August 2014

Gambar Gadis Bertudung Gadai Nyawa Demi Sokongan Untuk Gaza Dan MH17

-- --

Biasanya, gambar sebegini selalu kita lihat diambil oleh orang luar negara, dan kebanyakannya lelaki. Namun, buat gadis bertudung ini, tanpa sebarang perasaan takut, seorang gadis melayu sanggup membahayakan nyawa sendiri semata-mata hendak menyampaikan mesej sokongan terhadap Gaza, Palestin dan keadilan untuk MH17.

Berada di satu bangunan tinggi di sekitar Kuala Lumpur, gadis ini sanggup mengadai nyawanya semata-mata untuk mendapatkan gambar yang menarik dan mesej sokongan padu terhadap umat Islam di Gaza dan MH17 yang ditembak jatuh bulan lepas.

Entah bagaimana mereka mendapat keizinan untuk berada di tempat bahaya itu. Sudahlah tidak dilengkapi dengan alat keselamatan, jika tersilap langkah, pasti maut yang menanti di bawah.