31 July 2014

[VIDEO] Pegawai Kanan Polis Maki,Ludah Anggota Bawahan

-- --

Sebuah video memaparkan seorang anggota polis memaki hamun pegawai bawahannya kini tersebar di media sosial. Menurut sumber, video tersebut dirakam di IPK Selangor.


Ydh Tan Sri IGP, Dato Dato Pengarah, Pegawai2 Kanan dan Warga PDRM.

Aksi seorang Pegawai Kanan Polis bernama DSP Ravindhran Kutty Krishnan (PT C4I) IPK Selangor memaki hamun, meludah, mencerca Asp Ahmad Bin Mat Noor. Beliau juga menanggalkan baju untuk mengajak Asp Ahmad bergaduh 1 by 1.

Cermin meja pejabat Asp Ahmad dipecahkan manakala dinding serta peralatan dirosakkan. Insiden ini berlaku depan mata Tuan KJKA Selangor. Perkara ini berlaku setiap hari dan mangsa adalah semua pegawai dan anggota bawahan.

Anggota bawahan dipukul, ditendang serta diludah. Bilakah perkara ini akan berakhir? Kezaliman dan penindasan yang membunuh kami setiap hari.