21 July 2014

Video 2 Remaja Ditetak Ketika Cuba Berlindung Di Pondok Pengawal Keselamatan

-- --


NGERI !! Dua lelaki ditetak menggunakan parang oleh sekumpulan lelaki ketika mereka berdua cuba untuk berlindung di pondok security guard. Difahamkan, mereka ditetak setelah mengagalkan cubaan mencuri motorsikal mereka oleh kumpulan lelaki tersebut.



Kumpulan pertama yang tidak berpuashati kemudiannya memanggil rakan sepenjenayah yang lain untul merampas motorsikal tersebut secara paksa dan menetak kedua-dua mangsa hingga cedera parah.



info tersebut dikongsikan oleh salah seorang pembaca di Facebook:-

Untuk pengetahuan, saya yg handle kes ini... mereka jadi mangsa tetakkan parang apabila cuba menggagalkan org yg nk curi motosikal mereka... mereka berdua nie pelajar kolej... kumpulan berkenaan tidak puas hati apabila gagal mencuri motosikal mangsa dan bertindak memanggil rakan jenayah yg lain utk merampas motosikal terbabit secara paksa... kedua2 mangsa parah dan hampir putus pergelangan tangan...

kejadian berlaku di Kuching Sarawak beberapa bulan yg lepas... Pengawal tidak berani kerana penjenayah berkumpulan dan berasal dari kampung serta perumahan sekitar kolej berkenaan... Mangsa bukan cina tapi berbangsa pribumi Sarawak... di Sarawak tidak ada rasis dengan bangsa dan agama... bukan budaya kami di Sarawak... semua bangsa or agama tidak ada mengajar pengikutnya berbuat jahat yg jahat adalah individu itu sendiri...