26 July 2014

Bagi Kontrak Kepada Syarikat Israel, Astro Pertahan Tindakan

-- --

Dakwaan Astro memberi kontrak kepada syarikat Israel ini adalah berikutan kenyataan YADIM, Datuk Dr Asyraf Wajdi yang dibuat di akaun Facebooknya yang mendedahkan Astro telah menganugerahkan satu kontrak kepada syarikat Israel, Amdocs.




Tindakan Astro ini dipandang sebagai satu perbuatan yang tidak sensitif dengan isu semasa masyarakat global dan juga islam.

Astro kemudiannya mempertahankan perbuatan mereka menyerahkan kontrak lumayan tersebut kepada Amdocs.

Berikut adalah kenyataan ringkas yang dikeluarkan Jabatan Komunikasi Koorporat Astro;

Amdocs merupakan peneraju pasaran global bagi perisian serta perkhidmatan untuk penyedia perkhidmatan dalam industri komunikasi, media dan hiburan.

Ibu pejabat utama syarikat ini terletak di Amerika Syarikat dan ia tersenarai di Bursa Saham NASDAQ.

Ia mempunyai lebih 20,000 kakitangan dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih daripada 70 negara.

Syarikat tersebut juga mempunyai pejabat dan operasi penyelidikan di seluruh dunia dan seperti kebanyakan syarikat antarabangsa lain, mempunyai anak syarikat di beberapa negara.

Astro melantik Amdocs untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan bagi pengurusan perhubungan pelanggan dan sistem bil.

Anak-anak syarikat Amdocs yang dilantik telah diperbadankan di Ireland dan Malaysia. – Astro Corporate Comm Dept.