21 July 2014

Ahmad Hakimi Terselamat Tragedi MH370, Namun Maut Menjemputnya Dalam MH17

-- --


Ajal maut, semuanya ditangan tuhan. Siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Allah SWT.

Begitulah nasib yang menimpa pembantu juruterbang pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17, Ahmad Hakimi Hanapi berusia 29 tahun yang terkorban dalam insiden MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia, Khamis lalu.





Difahamkan, Ahmad Hakimi sepatutnya bertugas dalam pesawat MH370 pada 8 Mac lalu namun di saat-saat akhir tugasnya telah digantikan dengan Fariq Abdul Hamidpembantu juruterbang MH370 yang mana kehilangannya masih menjadi misteri sehingga kini.

Menurut datuknya, Daud Ahmad, 80, mengetahui cucunya tidak terlibat dengan penerbangan MH370, hatinya begitu lega pada saat itu namun takdir menentukan segalanya apabila Hakimi akhirnya terkorban jua dalam penerbangan MH17 yang memulakan perjalanannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.





“Takdir menentukan, walaupun terselamat dalam tragedi MH370, Ahmad Hakimi menjadi mangsa dalam nahas MH17. Semua ini ketentuan Ilahi,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian.

Ahmad Hakimi yang berasal dari Pulau Pinang meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berusia sembilan bulan.